Saturday, September 13, 2008

Kurup akan kemuka rayuan masa terdekat

ARKIB : 12/09/2008

KOTA KINABALU 11 Sept. - Bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Joseph Kurup akan memfailkan rayuan dalam masa terdekat di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi membatalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya di sini, Isnin lalu.

Permohonan itu dikemukakan oleh peguamnya, Alexander Decena, bertujuan membolehkan Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya di sini yang mengisytiharkan kemenangan Kurup di Parlimen Pensiangan pada pilihan raya umum lalu, batal dan tidak sah.

Kurup ketika dihubungi berkata, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada Mahkamah Persekutuan untuk membuat pertimbangan selanjutnya sama ada menerima rayuan atau sebaliknya.

"Rayuan akan dibuat oleh peguam saya dalam masa dua atau tiga hari lagi, Saya serahkan kepada proses undang-undang untuk menegakkan keadilan, saya akur dengan sebarang keputusan," katanya, hari ini.

Isnin lalu, Mahkamah Pilihan Raya, di sini hari ini memutuskan kemenangan Kurup bagi kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihan raya umum 8 Mac lalu adalah batal dan tidak sah.

Serentak itu, Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), turut digugurkan daripada jawatanya sebagai timbalan menteri.

Pada 9 April lalu, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Danny Anthony Andipai memfailkan petisyen bagi membatalkan kemenangan itu dan menamakan Kurup sebagai responden pertama dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Bubudan OT Majalu sebagai responden kedua.

-Utusan Malaysia

No comments: