Monday, November 24, 2008

Kementerian Kerja Raya Lulus RM11 Juta Untuk Pensiangan

NABAWAN - Kementerian Kerja Raya telah meluluskan peruntukan kira-kira RM11 juta untuk Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah bagi melaksanakan kerja kaji selidik tapak dan proses melantik jurutera perunding mengkaji rekabentuk projek-projek pembangunan yang dikenalpasti bagi kawasan Pensiangan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd. Zin Mohamed berkata, kementerian menyediakan anggaran kerja bagi kesemua projek bernilai hampir RM430 juta dan menjangkakan pelaksanaannya mengambil masa 10 tahun melibatkan dua Rancangan Malaysia iaitu RMK-10 dan RMK-11, selain RMK-9.
"Bagi menentukan semua projek dapat berjalan mengikut jadual sebagaimana yang dipohon oleh Pejabat Daerah, saya bersetuju untuk meluluskanperuntukan RM11 juta ini untuk kajian awal."
"Saya difahamkan proses kaji selidik ini dijangka mengambil masa 18 bualan hingga 24 bulan", katanya semasa lawatan ke Daerah Kecil Pagalungan dekat sini, pada Ahad.
Antara projek yang dirancang dalam pembangunan di Pensiangan adalah pembinaan jalan raya ke Kampung Menawo, Jalan Sapulut-Salung-Pagalungan-Pensiangan dan Jalan Ansip-Dalit yang akan dijalankan mengikut fasa.
Mohd. Zin berada di Sabah sejak Jumaat lepas untuk lawatan kerja di kawasan Parlimen Pensiangan iaitu Nabawan dan Pagalungan. Beliau dijadualkan ke Daerah Kecil Sook pada hari ini (Isnin, 24 November 2008). - HARIAN EKSPRES

2 comments:

kiraguladfall said...

Ala.....! untuk pancing undi saja, kajian kesesuaian jalanraya pagalungan - Sapulot mengambil masa 12-24 bulan... pilihanraya kecil P. 182 Pensiangan sudah tamat lah.... kalaupun betul ada kajian siapa kontraktornya adakah dari Kawasan Pensiangan atau kunco-cunco Menteri kerjaraya dari KL. maklumlah peruntukan 10 digit

Padamar Seri said...

Telah menjadi kebiasaan ketika hampir waktu mengundi, akan ada projek sini dan projek sana.

Sebenarnya ia langkah positif sebagai informasi supaya rakyat mengetahui bahawa ada projek yang sedang, yang akan dijalankan oleh kerajaan di kawasan tersebut.

Berdasarkan informasi ini masyarakat setempat juga dapat menilai sama ada kerajaan berkerja atau tidak. Paling tidak dapat bersyukur dengan apa yang ada.

Pada kebiasaannya informasi ketika waktu hampir mengundi ini lebih cepat diterima berbanding hari-hari biasa. Fokus.

Ia cukup berbeza dengan 'janji politik' yang belum tentu kesudahannya.