Tuesday, November 18, 2008

MENTERI PENERANGAN AKAN LAWAT NABAWAN

Y. B. Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia dijadualkan akan mengadakan lawatan ke Nabawan (dalam Parlimen Pensiangan) untuk melancarkan "Layar Bestari" pada 29 November 2008 (malam). Selain itu, beliau juga dijangka akan melawat Stesyen Radio di Keningau pada hari yang sama. Stesyen radio tersebut dijangka akan mula beroperasi pada bulan Januari 2009.
.
"Layar Bestari" adalah merupakan tayangan wayang gambar percuma Jabatan Penerangan Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai "Wayang Pacak". Pada era tahun 60an dan 70an "Wayang Pacak" mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di negeri Sabah. Jabatan Penerangan juga akan mengadakan persembahan PENTARAMA selepas tayangan "Layar Bestari" malam itu.
.
Progran Perhimpunan Rakyat akan diadakan sepanjang hari pada 29 November 2008. Program tersebut akan dirasmikan oleh Y.B. Datuk Bobby A. Suan, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Nabawan.
.
Program yang diadakan sepanjang hari itu akan diisikan dengan pelbagai acara seperti sukan rakyat, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan karaoke kenegaraan, uji bakat oleh RTM, boling padang, gotong royong, tarik tali dan sebagainya.
.

No comments: