Thursday, November 20, 2008

SEJARAH PENSIANGAN

ASAL USUL NAMA PENSIANGAN

Asal-usul Pensiangan ini telah terjadi hasil daripada pertemuan atau percantuman dua batang sungai yang mengalir. Percantuman atau pertemuan ini membawa kepada terjadinya nama 'PENSIANGON' dalam panggilan Bahasa Murut. Suku kaum dahulu sebilangannya tinggal dipinggir kuala dan batang sungai yang mengalir ini. Mereka membuat pondok-pondok dipinggir sungai tersebut sebagai tempat kediaman mereka.

Apabila sudah sekian lama tinggal di kampung ini maka tibalah penjajah Borneo di situ. Penjajah ini dikenali "Chartered Company". Seorang daripada Ketua Cartered Company tersebut bertanya berkenaan dengan nama kampung tersebut, lalu penduduk kampung tersebut memberitahu bahawa kampung ini dipanggil "Pensiangon". Sebaik saja perkataan itu didengar oleh Ketua Chartered Company tadi, maka ia memanggil nama Pensiangon menjadi Pensiangan. Sehingga kini Pensianganlah yang digunakan. Manakala nama Nabawan adalah sebagai pusat pentadbiran dan ianya sebagai pekan Nabawan dalam daerah Pensiangan.

SEJARAH DAERAH SECARA RINGKAS

Bermula awal tahun 1957. Stesen Pensiangan adalah merupakan Pusat Pentadbiran Daerah di bawah pentadbiran Residen Pedalaman yang berpusat di daerah Keningau. Jarak daripada Stesen Pensiangan ke Nabawan ialah 114 kilometer dan pada ketika itu kenderaan belum wujud, dimana perjalanan masih menggunakan jalan kecil dan menaiki kuda.

Pegawai Daerah yang ditugaskan distesen tersebut dibekalkan Kuda sebagai kenderaan untuk menjalankan tugas rasmi jabatan tidak kira dalam daerah ataupun ke daerah Keningau. Perhubungan telefon pada ketika itu adalah menggunakan Telefon Direct Cable, dimana talian didirikan sepanjang perjalanan daripada Keningau ke stesen Pensiangan. Telefon berkenaan menggunakan sistem Roll tanpa menggunakan kuasa letrik atau batteri.

Awal tahun 1957, stesen Pensiangan dibekalkan seorang Penolong Pegawai Daerah, juga sebagai Pegawai Daerah, beliau ialah Mr. I.C Peck ( yang pertama bertugas di stesen tersebut ).

Kewujudan Nabawan sebagai salah sebuah daerah di Pedalaman bermula di bawah status Pejabat Daerah Kecil pada tahun 1920 dimana pusat pentadbirannya pada masa itu ialah berpusat di Pensiangan yang dianggarkan sejauh 144 kilometer daripada Nabawan (Pusat Pentadbiran pada masa ini). Perhubungan utama ke Pensiangan pada masa itu ialah melalui sungai dan berjalan kaki manakala Pegawai Daerah yang bertugas di Pensiangan pada masa itu dibekalkan kuda sebagai "Kenderaan" untuk berulang alik diantara Keningau (Pejabat Residen pada masa itu) dan Pensiangan. Penolong Pegawai Daerah yang pertama bertugas di Pensiangan ialah Mr. I.C. Peck.

Pusat pentadbiran daerah ini berpindah ke Nabawan pada tahun 1974 berikutan dengan penubuhan Skim Nabawan yang diwujudkan khas oleh kerajaan USNO untuk menempatkan orang-orang kampung dan para petani yang mengamalkan Pertanian pindah-randah (Shifting Cultivation) terutama sekali mereka yang tinggal di kawasan Pensiangan pada masa itu ke satu kawasan yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan yang diperlukan dan membolehkan orang-orang kampung ini tinggal menetap di satu kawasan. Keluarga pertama yang berhijrah ke Pekan Nabawan ialah Datuk OKK Sigoh (Datuk Haji Said Besar Sigoh).

Dengan pemindahan yang dirancang untuk melibat orang-orang yang dipindah ke kawasan Skim ini dengan kegiatan pertanian terancang seperti tanaman padi bermusim, tanaman kopi dan sebagainya sebenarnya gagal mencapai matlamatnya. Kawasan skim yang diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Perikanan masih kekal dengan status Skim. Berdasaarkan sejarah ringkas tersebut di atas inilah sebabnya daerah ini satu masa dulu lebih dikenali dengan nama Pensiangan sehinggalah sekarang ini nama Pensiangan masih juga digunakan selepas Nabawan, Nabawan Pensiangan. Majlis Daerah masih menggunakan nama daerah Pensiangan. Untuk makluman bahawa mengikut sejarah bahawa nama Pensiangan adalah merupakan nama daerah ini dan nama Nabawan adalah yang baru berikutan pemindahan stesen pentadbiran.

Kesimpulannya ialah Pekan Nabawan adalah Pusat Pentadbiran Daerah Pensiangan.

Namun setelah sekian lama, sejarah ini semakin dilupakan, bahkan terdapat beberapa perbezaan dengan kehadiran beberapa tokoh politik yang tidak senang dengan populariti beliau, namun sebahagian besar masyarakat Murut daerah Nabawan, Pensiangan masih menghargai dan menghormati jasa dan bakti Datuk OKK Sigoh yang membawa pembaharuan kepada mereka.

Semakin hari, semakin berubah dan pergolakan politik semakin popular, justeru itu nama OKK Sigoh tidak diwujud lagi dikalangan mereka yang tidak mengetahui sebenarnya siapakah orang yang pertama telah membuka pintu masyarakat Suku Kaum Murut untuk menjadikan mereka yang sekarang ini menikmati pelbagai kemudahan.

Hari-hari yang indah, tahun bertukar, pemikiran bertukar, falsafah dan adat hampir pupus, kini Nabawan, Pensiangan telah mencapai sebahagian objektif yang dihasilkan oleh beberapa tokoh politik, termasuk Datuk OKK Sigoh yang telah merintis jalan pertama dan kini daerah Nabawan, Pensiangan, Tahun 1998-1999 telahpun memiliki Mini Sekteriat Bertingkat hasil daripada keperihatinan Kerajaan dan telahpun memberikan status dan kategori bagi jawatan seorang Pegawai Daerah di sandang oleh Pegawai Kanan Kerajaan Gred N.02 (kini Gred N48/52) setaraf dengan daerah-daerah lain di Sabah sehingga kini.

SENARAI PEGAWAI DAERAH NABAWAN, PENSIANGAN (Sejak Tahun 1957).


1. I.C. Peck (1957 - 1958)
2. J.W.E Grayburn (1958 - 1959)
3. D.W. Elsenlauer (1959 - 1960)
4. G.S Sundang (1960-1961)
5. A. T Baillie (1961 - 1962)
6. Awang Mohd. Thauffeck (1962-1963)
7. Pangeran Ahmad Raffae (1963-1964)
8. Suarah Jabar (1964-1965)
9. Chin Su Pin (1965-1966)
10. Fred Solibun (1966-1967)
11. Martin Liaw Kon Soong (1967-1967)
12. Stephen Koroh (1967-1968)
13.John Chin (1968-1971)
14. Benjamin Mohammad (1971-1972)
15. Aziz Rashid Zainudin (Station) (18/04/1973-1974)
16.Azoz Rashid Zainudin (Nabawan) (01/06/1974-31/08/1976)
17.Jalumin Jahali (01/06/1976-31/08/1977)
18. Railey Jeffery (02/09/1977-31/01/1979)
19. Paul @ Fadzilah Linggi (01/02/1979-27/09/1980)
20. Boobey A. Suan (29/09/1980-31/12/1982)
21. Nordin Siman (02/03/1983-07/07/1983)
22. Haji Nordin Zainal (07/07/1983-01/07/1985)
23. Andrew Nusius (10/03/1986-28/12/1990)
24. Louis Rampas (28/01/1991-30/03/1996)
25. Siriman M.F. Basir (30/03/1996-01/07/2005)
26. Mohd Farid Mohd Yamin (01/07/2005- 01/06/2007)
27. Bubudan O.T Majalu )11/06/2007 hingga sekarang).




Sumber Maklumat : Pejabat Daerah Nabawan

2 comments:

irfan IQmy said...

Sejarah memainkan peranan yang penting.sama juga tertubuhnya daerah nabawan di negeri sabah.seharusnya penduduk di daerah ini mengetahui asal usul tertubuhnya daerah nabawan, dan menghargai pengorbanan dan kecekalan pengasasnya iaitu Dato OKK.Sigoh.

Unknown said...

Hello, saya cuma ingin membuat pembetulan ejaan nama.
Pegawai daerah pada 1971-1972 itu adalah Benjamin Mohamed.
Terima kasih

Azizi Ajamain Bin Benjamin Mohamed